Pergerakan Bas Persiaran, Bas Sewa Khas dan Kenderaan Persendirian.
Kenyataan Media.
Sekretariat Himpunan RUU 355
17 Februari 2017 | 20 Jamadil Awal 1438H
Pergerakan Bas Persiaran, Bas Sewa Khas dan Kenderaan Persendirian.
Sekretariat Himpunan RUU 355 menasihatkan agar setiap kenderaan terutamanya bas - bas persiaran dan sewa khas yang membawa peserta Himpunan RUU 355 pada hari Sabtu, 18 Februari 2017 agar mematuhi serta mengikuti arahan yang telah di tetapkan. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya kesesakan di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur berikutan jangkaan kehadiran yang ramai pada hari perhimpunan tersebut.
Oleh itu, adalah di minta semua kenderaan terutamanya bas persiaran atau sewa khas yang membawa peserta RUU 355 mematuhi arahan berikut :
1 ) Bas Persiaran Dan Bas Sewa Khas.
Pergerakkan untuk bas yang masuk dari luar Kuala Lumpur adalah seperti berikut :
i ) Dari Utara. ( Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak )
Dari Tol Jalan Duta - Jalan Kuching - Bulatan Jalan Kinabalu – Jalan Sultan Salahuddin. ( Kompleks JKR Wilayah Persekutuan )
ii )Dari Pantai Timur. ( Kelantan, Terengganu, Pahang )
Dari Tol Gombak – Lebuhraya DUKE – Jalan Kuching – Bulatan Jalan Kinabalu - Jalan Raja Laut. ( Medan MARA )
iii ) Dari Selatan. ( Johor, Melaka, Negeri Sembilan )
Dari Tol Sungai Besi – Jalan Sungai Besi – Jalan Istana – Jalan Dewan Bahasa – Jalan Wisma Putra – Jalan Maharaja Lela – Jalan Kinabalu. ( Masjid Negara )
2 ) Menurun Dan Mengambil Peserta.
Bas Dari Utara.
i ) Menurun & mengambil perserta berhampiran dengan Kompleks JKR Wilayah Persekutuan di Jalan Sultan Salahuddin.
Bas dari Pantai Timur.
ii ) Menurun & mengambil peserta di Medan Mara, Jalan Raja Laut.
Bas Dari Selatan.
iii ) – Menurun & mengambil peserta di Masjid Negara.
3 – Kesemua bas persiaran dan bas sewa khas hanya di benarkan menurunkan serta mengambil penumpang sahaja. Tidak di benarkan menunggu serta meletakkan kenderaan di kawasan terbabit.
4 – Kesemua pemandu bas – bas tersebut di minta untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan parkir perkarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Kenderaan Persendirian.
Untuk kenderaan persendirian, tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di sekitar Padang Merbuk, Kuala Lumpur untuk tidak mengganggu lalu lintas dan pergerakan peserta di kawasan tapak program RUU 355 dan persekitarannya.
Di nasihatkan agar semua pemilik kenderaan persendirian agar meletakkan kenderaan di kawasan parkir sekitar kawasan Bandaraya Kuala Lumpur. Untuk memudahkan pergerakan di kawasan Bandaraya untuk ke tapak program RUU 355, peserta adalah di nasihatkan untuk menaiki pengangkutan awam seperti LRT dan Komuter untuk memudahkan pergerakan ke sana.
Kamaruzaman Mohamad.
Setiausaha.
Jawatankuasa Perlaksana,
Himpunan RUU 355
Post a Comment