Header Ads

RUU 355: Perkasa beri amaran pada DAP, Kit Siang jangan biadap

Perkasa berpandangan bahawa DAP sudah habis modal politik untuk meraih undi pengundi pengundi Cina dalam PRU 14 yang bakal mendatang. Perkasa memberi amaran keras agar penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak mengganggu rang undang-undang persendirian oleh Presiden PAS kerana ia adalah hal ehwal umat Islam dalam negara ini.
KENYATAAN MEDIA
Dr. Amini Amir Abdullah
Pengerusi
Biro Hal Ehwal Islam
PERKASA MALAYSIA
1 Januari 2017
14.12 Hrs.

Perkasa merujuk kepada laporan portal aidc.com bertajuk "Perkasakan Hubungan Antara Agama, Bukan Mahkamah Syariah – Kit Siang"

1. Perkasa memandang serius desakan DAP kepada kerajaan agar mengabaikan rang undang-undang persendirian yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen baru baru ini.

2. Perkasa memberi amaran keras agar penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak mengganggu rang undang-undang persendirian oleh Presiden PAS kerana ia adalah hal ehwal umat Islam dalam negara ini.

3. Kalaulah benar Lim kit siang membuat kenyataan sebagaimana yang disiarkan oleh AIDC. com, Perkasa menganggap tindakan penasihat DAP itu sebagai biadap dan kurang ajar kerana mengganggu aspirasi dan kehendak umat Islam dalam negara ini. Sudah berulang kali dinyatakan bahawa rang undang-undang tersebut tidak sedikitpun menyentuh atau melibatkan orang orang bukan Islam. Kenapa DAP masih berdegil tidak mahu menerima hakikat ini? Apakah yang menghalang mereka untuk memahami kondisi ini? Apakah mereka mempunyai niat seperti udang di sebalik batu? 

4. Perkasa berpandangan bahawa DAP sudah habis modal politik untuk meraih undi pengundi pengundi Cina dalam PRU 14 yang bakal mendatang. Jika ini permainan politik DAP, Perkasa menyeru agar umat Islam bangkit menolak DAP dalam PRU14 nanti.

5. Perkasa tidak sama sekali akan membiarkan DAP untuk merobek robek usaha memperkasakan Mahkamah Syariah dalam negara ini.

6. Ahli ahli Parlimen digesa untuk terus memperjuangkan agar rang undang undang itu menjadi kenyataan.

7. Perkasa berpandangan jawatankuasa Parlimen untuk memperkasakan hubungan antara agama di negara ini tidak perlu buat masa ini kerana kita telah mempunyai Jawatankuasa Keharmonian Antara Kaum dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional untuk memainkan peranan ini. 

8. Perkasa sekali menegaskan rang undang undang Akta 355 adalah urusan umat Islam dalam negara ini dan DAP sepatutnya tidak campur tangan atau cuba bermain dengan api.

9. Perkasa percaya rang undang-undang itu tidak  lain tidak bukan bertujuan memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini.

10. Perkasa juga menggesa agar Pakatan Pembangkang yang diketuai DAP dan sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Amanah Negara (PAN) agar tidak mempolitikkan isu ini demi survival politik mereka.

Sekian.


No comments