Header Ads

Kelantan: Semakin ramai dipindahkan

Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan terus meningkat kepada 7,533 orang pada 12 tengah malam berbanding 6,980 orang pada 9 malam tadi.
Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan terus meningkat kepada 7,533 orang pada 12 tengah malam berbanding 6,980 orang pada 9 malam tadi
Portal eBanjir Kelantan menunjukkan semua mangsa banjir ditempatkan di 74 PPS di sembilan daerah.
Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 3,906 mangsa membabitkan 1,468 keluarga yang ditempatkan di 24 PPS diikuti Kuala Krai dengan 1,451 orang di 11 PPS.
Lain-lain daerah adalah Tanah Merah seramai 638 mangsa, Machang (840), Kota Bharu (392), Pasir Puteh (186), Jeli (29), Bachok (46) dan Tumpat (45).
Bacaan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Kursial, Tanah Merah terus meningkat melepasi paras bahaya iaitu 17.99 meter(m) dan Sungai Golok di Rantau Panjang (10.45m).
Dalam pada itu sebanyak 36 laluan ditutup masing-masing empat di Kuala Krai, Machang (13) Pasir Mas (17), Pasit Puteh (1) dan Tanah Merah (1).

(myMetro)


No comments