Header Ads

Pahang Tak Bagi Laluan Mudah Kepada NS








Pahang akan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri 

KUANTAN: Pahang akan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila melayan kunjungan juara bertahan, Negeri Sembilan pada suku akhir pertama Piala Emas Raja-Raja 2016 di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini. 

Pengendali skuad itu, Zulhamizan Zakaria berkata, selepas muncul juara Kumpulan A, Pahang cuba mencatatkan keputusan selesa sebelum bertandang ke tempat lawan pada 17 November ini. 

"Saya memuji komitmen tinggi semua pemain yang mengikut segala arahan dan percaturan yang dilakukan hingga memberi keputusan baik pada tiga perlawanan sebelum ini. "Saya mahu prestasi ini dikekalkan dalam misi memburu tempat ke final pada kejohanan musim ini. 

"Dengan persembahan bertenaga yang dipamerkan dalam tiga perlawanan, saya harap momentum ini dapat dikekalkan untuk berdepan tugas lebih getir bertemu Negeri Sembilan Sabtu ini," katanya di sini, hari ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/210243

No comments