Header Ads

Kementerian Kesihatan Periksa Minyak Masak Bersubsidi



Pemeriksaan adalah bertujuan mengelakkan penipuan oleh pengeluar yang menjual minyak kitar semula secara paket

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan mengarahkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan menjalankan pemeriksaan terhadap minyak masak paket bersubsidi bagi memastikan hanya minyak sawit yang dijual dan bukan minyak kitar semula. 

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata langkah itu bertujuan mengelakkan penipuan oleh pengeluar yang menjual minyak kitar semula secara paket sehingga mengelirukan pengguna kerana menganggap ia minyak bersubsidi. 

"Dari segi keselamatan makanan, kita mempunyai kuasa yang membenarkan kita memeriksa apa-apa sahaja jenis makanan yang dijual. 

"Ini termasuk pemeriksaan di kedai dan penggunaan minyak masak oleh pengusaha restoran serta peniaga makanan. 

"Ramai pengguna menyangka minyak paket adalah minyak bersubsidi, sedangkan ada antara minyak paket yang dijual di pasaran adalah kitar semula dan ia tidak baik untuk kesihatan," katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Selanjutnya di : http://www.bhplus.com.my/node/210238

No comments