Header Ads

Usul #RUU355 Dan Keperluan Muzakarah Kalangan Mufti

Satu-satunya mufti yang memberi isyarat negatif  berhubung usul pindaan Akta 355 hanyalah Mufti  Perlis.  Kerana beliau seorang,  pandangan beliau disebar seluas luasnya oleh media yang pro penentang RUU355 sehingga seolah olah menidakkan pendirian mufti mufti negeri yang lain dan juga mufti wilayah. Kekeliruan disebar luaskan dan tindakan segera demi maslahah awam khususnya umat Islam wajar  diambil bagi membendung kekeliruan.



Usul RUU355 oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,  Presiden PAS,  Ahli Parlimen Marang,  adalah selaras titah Yang Di Pertuan Agong pada titah pembukaan Sidang Dewan Rakyat pada tahun lalu yang menitahkan agar Mahkamah Syariah  diperkasakan. 

Sejak itu ia mendapat sokongan dan dokongan pelbagai pihak dengan kemuncaknya perhimpunan raksasa yang disertai lebih 300 ribu peserta di Padang Merbok,  Jalan Parlimen hingga ekornya di Dataran Merdeka,  Kuala Lumpur  pada 18 Februari 2017.  

Angka ini disebut oleh  Dato' Seri Jamil Khir,  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  yang berucap sama di pentas H355.

Para mufti di kebanyakan negeri memberi sokongan dan dokongan. Polemik kekeliruan umat Islam timbul ekoran adanya gerakan penentangan RUU355 yang ditohmah mereka kononnya ia menjadikan Malaysia menuju 'kediktatoran Islam'.  

Free Malaysia Today menerbitkan artikel bertajuk "Usul Hadi Langgar Syariah" kononnya ditulis oleh 'bekas pakar JAKIM'.  Ia mengundang respon segera dari JAKIM yang menegur keras FMT kerana JAKIM tidak pernah melantik individu berkenaan  dan pandangan itu bercanggah pendirian JAKIM. 

Satu satunya mufti yang memberi isyarat negatif  berhubung usul pindaan Akta 355 hanyalah Mufti  Perlis.  

Kerana beliau seorang,  pandangan beliau disebar seluas luasnya oleh media yang pro penentang RUU355 sehingga seolah olah menidakkan pendirian mufti mufti negeri yang lain dan juga mufti wilayah. 

Kekeliruan disebar luaskan dan tindakan segera demi maslahah awam khususnya umat Islam wajar  diambil bagi membendung kekeliruan. 

Untuk itu Sekretariat  Majlis Fatwa Kebangsaan  yang duduknya dibawah JAKIM sewajarnya bertindak segera bagi mengaturkan salah satu dari dua iaitulah Mesyuarat  Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang boleh dilangsungkan dengan perintah Majlis Raja Raja yang dipengerusikan oleh YDP Agong , ataupun Muzakarah  Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang boleh dibuat dari masa ke semasa tanpa perintah Majlis Raja Raja. 

Penyelarasan ini akan memberi nilai kepada pandangan pandangan para mufti mengatasi nilaian subjektif yang berdasarkan persepsi yang dibentuk oleh permainan media yang banyak dipengaruhi kepentingan stakeholder media.

Ia juga boleh berlangsung tanpa tekanan masa dan perhatian orang dengan mengutamakan aspek ilmiah dan memberi ruang input dari kalangan pakar pakar berkaitan. 

Ia boleh menjernihkan pemikiran umat Islam selain boleh memberi pedoman kepada ahli ahli parlimen yang beragama Islam dalam menentukan sikap berhubung RUU355.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM 
3 Mac 2017

No comments