#RUU355 tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat
KUALA LUMPUR: Usul Rang Undang-Undang Ahli Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 tersenarai sebagai perkara ketujuh dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
Notis usul rang undang-undang dikemukakan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS bertujuan meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).
Pindaan itu bagi menggantikan perkataan; "penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali" dengan perkataan "penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah".
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/256881
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/256881 LUMPUR: Usul Rang Undang-Undang Ahli Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 tersenarai sebagai perkara ketujuh dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini. Notis usul rang undang-undang dikemukakan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS bertujuan meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355). Pindaan itu bagi menggantikan perkataan; "penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali" dengan perkataan "penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah".
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/256881
Post a Comment