Header Ads

Tok Him kesal Zaid rampas ‘mahkota katak’




“Saya sedih macam mana dia (Zaid) boleh ambil mahkota saya, kerana itu sahaja gelaran yang saya ada dalam hidup saya.Saya kesal sebab mahkota katak ini sudah dirampas dari saya, sebelum ni saya teruja dan gembira dengan memegang mahkota katak.Kini ramai yang pakai mahkota katak jauh lebih hebat dari saya,” katanya sambil ketawa berdekah-dekah.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali kesal kerana ‘mahkota katak’ yang pegangnya selama ini telah dirampas oleh Datuk Zaid Ibrahim setelah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyertai DAP.

“Saya sedih macam mana dia (Zaid) boleh ambil mahkota saya, kerana itu sahaja gelaran yang saya ada dalam hidup saya.

“Saya kesal sebab mahkota katak ini sudah dirampas dari saya, sebelum ni saya teruja dan gembira dengan memegang mahkota katak.

“Kini ramai yang pakai mahkota katak jauh lebih hebat dari saya,” katanya sambil ketawa berdekah-dekah.

Ibrahim berkata demikian kepada pemberita di Ibu Pejabat PERKASA di Kuala Lumpur.

Perjalanan politik Ibrahim penuh warna-warni apabila pernah bersama Umno, menyertai serpihannya Parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah, malah menang menggunakan tiket PAS tetapi kemudian menjadi wakil bebas.

Oleh sebab itu, beliau digelar “katak” oleh musuh-musuh politiknya.

Manakala Zaid pula adalah ketua Umno bahagian Kota Bharu pada 2001. Beliau meninggalkan Umno pada 2008.

Setahun kemudian, beliau menyertai PKRtetapi meninggalkan parti itu pada November 2010 atas alasan tidak berpuas hati dengan penipuan dan pembelian undi dalam pemilihan parti yang menyaksikan Datuk Seri Azmin Ali dipilih sebagai timbalan presiden.

Pada tahun yang sama, beliau mengambil-alih KITA dan menjadi presiden tetapi melepaskan jawatannya pada 2012 dan terbaru Zaid bersama DAP.

Ibrahim turut mengingatkan semua pihak supaya ‘tidak banyak cakap mengenai orang lain’ dan akhirnya terpaksa menanggung gelaran ‘katak’ itu.

Ibrahim dengan nada seloroh berkata, beliau kini mahu digelar sebagai ‘bukan pemimpin hipokrit’.

Bekas Anggota Parlimen Pasir Mas itu turut mengucapkan selamat berjaya kepada Zaid dan menjangkakan sahabatnya itu akan berjaya dalam DAP.

“Mengenali dia, dari segi pemikiran dan apa yang diperjuangkan dan budaya hidup sesuai dengan DAP.

“Kalau DAP bagi peluang bertanding, dia boleh menang PRU sekiranya bertanding di kawasan Cina. Tapi saya nak tengok jawatan yang dia akan dapat dulu,” katanya.

No comments