Header Ads

Kerajaan Terengganu Perlu Lupuskan Pemilikan Saham FGV, Selamatkan Duit Rakyat



Saham FGV telah dikeluarkan dari indeks utama BSKL apabila nilai sahamnya terus menjunam beberapa tahun lalu dan pernah merekodkan paras harga terendah RM1.20 sesaham.Adalah tidak patut kerajaan Terengganu terus membiarkan duit kerajaan dan rakyat Terengganu berisiko di dalam pelaburan saham FGV yang menurut penganalisis pasaran saham untuk melihat nilai semasa saham FGV melonjak melepasi harga IPO.
Merujuk perkembangan terbaharu kedudukan semasa harga saham Felda Global Ventures (FGV) Kerajaan Terengganu perlu segera menjual semua kepentingan dalam FGV bagi mengurangkan risiko kerugian yang lebih besar.

Sekarang berlaku unjuran kenaikan, namum ianya masih tidak melepasi paras harga RM2 sesaham berbanding harga IPO RM4.55 sewaktu FGV mula diniagakan 2012.

Kerajaan Terengganu memiliki 16,515,000 unit saham dengan pelaburan bernilai RM75,143,250 melalui dua anak Syarikatnya, Yayasan Islam Terengganu dan PTB Ventures.

Terengganu pernah mencatat kerugian RM55,325,250 sewaktu nilai saham FGV merudum sehingga ke paras RM1.20 sesaham.

Sebelum ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ) telah mengejukan pasaran saham Kuala Lumpur apabila menarik diri dan menjual semua kepentingan 5.06 peratus atau 184,746,000 saham di dalam FGV.

Terbaharu (6 Febuari 2017) Koperasi Permodalan Felda (KPF) menjual lima juta saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) pada 27 Januari lalu.

Penjualan itu menjadikan pegangan KPF dalam syarikat perladangan kelapa sawit itu menurun kepada 206.759 juta atau 5.667 peratus.

Pada tarikh yang sama, Lembaga Tabung Haji juga melupuskan 150,000 saham dalam FGV.

Setakat ini, Tabung Haji masih memiliki 286,943 juta saham atau 7.865 peratus dalam syarikat perladangan milik Felda itu.

Saham FGV juga telah dikeluarkan dari indeks utama BSKL apabila nilai sahamnya terus menjunam beberapa tahun lalu dan pernah merekodkan paras harga terendah RM1.20 sesaham.

Berdasarkan perkembangan ini, Kerajaan Terengganu perlu mengambil tindakan segera agar kerugian semasa dapat dikecilkan.

Adalah tidak patut kerajaan Terengganu terus membiarkan duit kerajaan dan rakyat Terengganu berisiko di dalam pelaburan saham FGV yang menurut penganalisis pasaran saham untuk melihat nilai semasa saham FGV melonjak melepasi harga IPO.

Jika tindakan menjual kesemua saham FGV ini, Kerajaan Terengganu mampu menyelamatkan RM31,378.000 jika dilupuskan pada kadar semasa tutup urusniaga 6 Febuari iaitu RM1.90 sesaham.

Pun begitu, kerajaan Terengganu sudah pastinya mengalami kerugian dalam pelaburan FGV sebanyak RM43,764,750 berbanding nilai pelaburan asal RM75juta.

Naraza Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat / Pengerusi GENERASI Terengganu.
07 Febuari 2017 / 10 Jamadil Awal 1438H

No comments