DAP pecah-belah bukan saja di Melaka, kata MCA
Ini bukan sahaja sedang berlaku di Melaka malah di tempat lain. Tindakan empat wakil rakyat DAP keluar parti menunjukkan sikap sebenar kepimpinan parti itu yang membuat keputusan untuk kepentingan diri tanpa mengambil kira pihak lain.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata situasi berkenaan turut menggambarkan kekalutan politik dalam kalangan pemimpin DAP.
Ini bukan sahaja sedang berlaku di Melaka malah di tempat lain, katanya kepada pemberita, hari ini.
Tiga ADUN itu ialah Lim Jak Wong (Bachang), Chin Choon Seong (Kesidang) dan Goh Leong San (Duyong) serta Anggota Parlimen, Sim Tong Him (Kota Melaka).
Tindakan itu disahkan Pengerusi DAP Melaka Tey Kok Kiew pada sidang media di pejabat DAP Negeri di Melaka hari ini.
Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata tindakan empat wakil rakyat DAP itu menunjukkan sikap sebenar kepimpinan parti itu yang membuat keputusan untuk kepentingan diri tanpa mengambil kira pihak lain.
- Bernama
Post a Comment