Header Ads

Apa Tujuan Husam Serang Legasi Tok Guru Nik Aziz?


UMNO serang PAS, DAP serang PAS, Husam serang PAS. Dia menyerang Dato' Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan yang cuma mewarisi dari pentadbiran sebelumnya masalah-masalah yang Husam sedang bangkitkan. Dato' Ahmad Yaakob dan pasukannya pula yang kena berhempas pulas menyelesaikan masalah satu persatu.

Saya tak tahu apa tujuan Husam. Dia menyerang kerajaan PAS Kelantan hingga orang UMNO pun bertepuk tangan.


Sedangkan dia adalah sebahagian dari kerajaan dan sebahagian dari masalah masalah yang telah berlaku.


Dia menyerang Dato' Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan yang cuma mewarisi dari pentadbiran sebelumnya masalah masalah yang Husam sedang bangkitkan. Dato' Ahmad Yaakob dan pasukannya pula yang kena berhempas pulas menyelesaikan masalah satu persatu.

Masalah itu berlaku sejak Almarhum Tok Guru Nik Aziz jadi Menteri Besar dan orang yang paling diberi kepercayaan oleh almarhum adalah Husam sendiri. Projek projek yang bermasalah sekarang, ada 'kelibat' Husam di sebaliknya.

Seperti sindiran wakil rakyat UMNO di Sidang DUN Kelantan yang menyebut kambing jamnapari...dia!, Kelantan Golden Trade..dia!, lebuhraya...dia!

Sejak bila Husam jadi penyerang Kerajaan PAS Kelantan? Pernah dia berbuat demikian sebelum ini?Sejak Almarhum Tok Guru Nik Aziz tidak menamakan Husam sebagai Menteri Besar Kelantan menggantikan beliau. Sejak Tok Guru Nik Aziz merestui keputusan agar Husam tidak lagi menjadi exco kerajaan Kelantan. Sejak Tok Guru Nik Aziz tidak lagi termakan dengan percubaan melaga lagakannya dengan DS TGHH.

Sejak beliau kalah pemilihan di muktamar.Sejak itu Husam berubah. Dia bukan lagi mempertahankan kerajaan PAS. Tapi bekerja kuat untuk hasut rakyat agar hilang keyakinan kepada PAS.Dia bertindak sama saja seperti PAN mensabotaj PAS.

PAN bertindak sama saja seperti DAP mensabotaj PAS.Husam bertindak sama saja seperti DAP yang mendokong PAN.UMNO serang PAS, DAP serang PAS, Husam serang PAS.

Di Kelantan, jatuhnya PAS, yang naik bukan PAN dan bukan DAP. Jika bukan PAS, yang naik adalah UMNO.Kuat sungguh kerja Husam untuk beri faedah kepada UMNO.

Mereka sebarkan konon DS TGHH sejak jatuh sakit dulu sudah tidak betul pemikirannya.Tapi saya baru sekejap tadi berbual dengan Dato' Hashim Timbalan Ketua Polis Terengganu yang turut serta dalam rombongan Ketua Polis Terengganu yang berkunjung hormat ke Pejabat Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia di Rusila, Marang, DS TGHH yang menyatakan hormat atas ketinggian ilmu dan ketajaman pemikiran DS TGHH sepanjang perbincangan yang berlangsung agak lama.

Kita pun tahu DS TGHH ke Jepun, Singapura dan pelbagai pelusuk dunia.Takkanlah orang yang 'fikiran tak betul' boleh hadapi ini semua yang berkaitan kelompok manusia yang bukan calang calang.Yang rakyat boleh nampak semakin jelas adalah kelompok pengkhianat inilah yang tidak betul pemikirannya dan penuh dengan 'penyakit'.

Mulut berkata mahu jatuhkan UMNO tetapi tindakan mereka memberi nyawa kepada UMNO.Mulut berkata mahu perjuangkan rakyat. Tapi tindakan mereka tidak matang dan tidak bertanggung jawab sehingga menjadikan politik satu sarkis yang mengheret rakyat dengan keputusan keputusan yang menyusah dan meresahkan rakyat.Mengaku berjuang Islam tetapi bersekongkol dengan yang mengambil sikap anti perjuangan Islam.

Hj Ahmad Amzad Hashim
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
#istiqamah

No comments