Header Ads

Adakah Orang Bukan Islam Terlibat Dengan RUU355?



Dalam hal ini, saya merasa dukacita apabila saya mengemukakan Usul Persendirian 355, timbul desas desus dan ucapan-ucapan yang menimbulkan perkara yang sangat negatif. 

Sepatutnya kita menerima apa yang sudah ada di dalam perlembagaan termasuk Jadual Kesembilan di dalam Perlembagaan yang berkait dengan negeri di mana undang-undang Islam. 

Hukum Islam berkait dengan negeri yang berkait dengan orang-orang Islam sahaja. 

Usul yang saya kemukakan berkait dengan Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah berkait dengan penganut Islam sahaja, tidak ada kaitan dengan penganut bukan islam. 

Bahkan 355 ini pernah dibawa dalam tahun 1965 yang pada masa itu, Singapura dalam Malaysia. Mendiang Lee Kuan Yew di dalam parlimen tidak ada apa-apa bantahan. 

Tahun 1980-an dibuat pindaan lagi, tidak menimbulkan apa-apa masalah. Tapi apabila saya kemukakan di peringkat ini, menimbulkan masalah yang boleh menghasilkan salah faham di antara satu sama lain. 

Kita mahu supaya perkara yang berkait dengan penganut Islam ini hendaklah diberi kepada orang-orang Islam sahaja. Sama ada pihak kerajaan atau pihak pembangkang. Terpulang bagi mereka (orang Islam) dan sepatutnya begitu. Tidak menimbulkan isu-isu yang boleh menimbulkan ketegangan.

Dan pihak media juga perlu memainkan peranan yang sihat, yang baik untuk menghasilkan masyarakat yang majmuk yang bersatu padu sebagaimana yang kita mahu.

Sedutan transkrip Ucapan Perbahasan Bajet 2017 oleh Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. 

No comments