300K mengangkat suara ummah
Jawatankuasa Penganjur H355 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan Himpunan 355 sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ia menjadi satu detik sejarah bernila tinggi bagi menyaksikan kebangkitan ummat Islam dari pelbagai latar belakang.
Segala puji bagi Allah SWT atas hidayah dan taufiq-Nya. Ummah bersatu dari pelbagai latar belakang parti politik, NGO, individu di atas satu urusan yang disepakati iaitu Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera.
Ia menjadi sejarah yang dilakar dengan segala pengorbanan dari semua pihak yang mahu melihat Islam tegak di bumi tercinta ini.
Himpunan yang berjaya mengumpulkan kira-kira 300,000 warga yang cintakan kesejahteraan rakyat dan keamanan negara menjadi isyarat yang sangat jelas bahawa:
i - telah sampai masanya Islam dikembalikan ke tampuknya yang tinggi mengatasi ideologi yang dicipta oleh manusia untuk memulihkan kesejahteraan rakyat.
ii - rakyat mahu Islam diberi peluang pelaksanaannya melalui pemerkasaan syariah untuk memulihkan keamanan negara.
iii - tiada siapa lagi yang boleh mempersenda dan memperlekehkan Islam. Justeru Islam adalah agama yang membawa keadilan sejagat dan kesejahteraan ummah. Menyaksikan ikrar para pejuangnya bersatu di atas kalimah yang sama.
Saya mewakili Jawatankuasa Penganjur H355 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan Himpunan 355 sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ia menjadi satu detik sejarah bernila tinggi bagi menyaksikan kebangkitan ummat Islam dari pelbagai latar belakang.
Terima kasih kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kebenaran dan kerjasama yang diberikan kepada H355.
Himpunan 355 turut diperhebatkan dengan pengorbanan anggota Jabatan AMAL Malaysia yang bertugas penuh dedikasi dan para SUKARELAWAN yang membantu.
Penghargaan jua kita kalungkan kepada semua para tetamu istemewa, YB Menteri, Sohibus Samahah Datuk Mufti, pemimpin politik, para pemidato, NGO, para dermawan dan semua peserta H355 yang telah menjayakan himpunan bersejarah ini.
Agenda memartabat Islam dan syariatnya, agar ia benar-benar menjadi agama negara mestilah diteruskan momentumnya. Ia menjadi tanggungjawab kita bersama termasuk rakan-rakan non-Muslim justeru Islam menjanjikan keadilan dan rahmat untuk semua.
Syariat Diperkasa Rakyat Sejahtera
Nasrudin Hassan
Mantan Pengarah Himpunan 355

Post a Comment