Perarakan #H355 Seperti Perarakan Maulidur Rasul
Kalau non-muslim boleh mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing dengan bebas, mengapa pula rakyat pribumi yang menjadi penduduk majority di negara ini dihalang dan disekat tuntutan agamanya?
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan disusuli oleh Pengerusi Biro Keharmonian Agamanya , Datu Seri Ti Lian Ker mengeluarkan kenyataan bahawa himpunan H355 bersifat 'pecah-belah' dan menjejaskan perpaduan di kalangan pelbagai kumpulan etnik di negara ini.
Pendapat mereka dan lain-lain yang sependapat dengannya tidak lebih daripada siri-siri tentangan agar RUU355 gagal dilaksanakan di Malaysia.
Pendapat mereka bertitik tolak daripada premis ketakutan setelah mereka mencipta ‘hantu rekaan sendiri’.
Sedangkan RUU355 amat jelas tidak mengganggu kehidupan non-muslim dan ia hanyalah bertujuan untuk mengharmonikan lagi bangsa dan negara dengan ‘satu set’ tindakan disiplin yang lebih bersifat mengawal daripada menghukum.
Seperti kata Naib Presiden PAS, Dato’ Iskandar Abdul Samad perhimpunan ini sama sebagaimana perarakan Maulidur Rasul.
Jika pada perarakan Maulidur Rasul umat Islam turun beramai-ramai untuk menyatakan rasa kasih mereka terhadap Rasulullah SAW begitulah juga, Himpunan Akta 355 itu umat Melayu Islam wajib turun menyatakan sokongan mereka terhadap usaha memperkasakan Mahkamah Syariah.
In shaa Allah umat Islam akan turun dengan keluarga masing-masing untuk membentuk satu solidariti komuniti besar yang mengharapkan kedamaian dan ketenteraman wujud dalam negara.
Himpunan tidak akan sama sekali mengganggu penganut agama lain malah mereka amat dialu-alukan untuk sama-sama mendengar penjelasan melalui himpunan itu nanti.
Sekiranya MCA , DAP, Gerakan dan non-muslim lain berterusan mengganggu tuntutan amalan agama umat Islam, maka sepatutnya klausa ‘Islam agama rasmi’ yang terdapat dalam Perlembagaan Negara wajar diperjelaskan dan dihadam semula.
Dan sebenarnya sikap tentangan merekalah akhirnya nanti membawa bibit-bibit kebencian antara kaum dan agama.
Soalan akhirnya, kalau non-muslim boleh mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing dengan bebas, mengapa pula rakyat pribumi yang menjadi penduduk majority di negara ini dihalang dan disekat tuntutan agamanya?
Selamat Berhimpun!
YB HAJI HANAFIAH MAT
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional
Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai
12 Rabi’ulakhir 1438H, 1411 Januari, 2017
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional
Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai
12 Rabi’ulakhir 1438H, 1411 Januari, 2017
Post a Comment