TERKINI: 15 maut, 69 cedera serangan bom di Istanbul
Serangan itu menyasarkan bas polis yang diletakkan di pekarangan stadium. Kita menyaksikan sekali lagi kejadian serangan pengganas yang rendah nilai dan moralnya.
ISTANBUL: Dua serangan bom di tengah Istanbul hari ini mengorbankan 15 orang manakala 69 lagi cedera dalam kejadian yang berlaku di pekarangan stadium bagi gelanggang kelab bola sepak Besiktas.
Serangan bom berkata dipercayai menerusi bom kereta yang diletupkan di taman di luar stadium selepas perlawanan antara Besiktas menentang Bosphorus.
Serangan itu menyasarkan bas polis yang diletakkan di pekarangan stadium, kata Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu.
Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, letupan berlaku sebaik tamat perlawanan dengan bilangan kematian dikhuatiri membabitkan ramai orang.
“Kita menyaksikan sekali lagi kejadian serangan pengganas yang rendah nilai dan moralnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Ketika letupan Erdogan berada di kediamannya di Tarabya, pinggir Istanbul.
Perdana Menteri, Binali Yildirim berkata: “Saya mengutuk keras pembunuhan ini,” katanya kepada stesen penyiaran CNN-Turk. – AFP
BOM kereta yang diletupkan di taman luar stadium di Istanbul. - Foto REUTERS
Post a Comment