Header Ads

'Mungkin Ramasamy sedang alami gangguan emosi'

"Nampaknya sejak nama beliau tidak menjadi pilihan utama sebagai pengganti Ketua Menteri Pulau Pinang, minda dia mungkin sedang mengalami gangguan emosi dan kecelaruan jiwa yang melampau sehingga sanggup membuat fitnah kepada PAS.

SHAH ALAM - Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menasihati Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy, agar tidak masuk campur tangan dalam urusan PAS.

Ujarnya dalam nada sinis, Ahmad Samsuri menyeru Ramasamy supaya menjaga diri terlebih dahulu sebelum sibuk 'menjaga tepi kain orang lain'.

"Nampaknya sejak nama beliau tidak menjadi pilihan utama sebagai pengganti Ketua Menteri Pulau Pinang, minda dia mungkin sedang mengalami gangguan emosi dan kecelaruan jiwa yang melampau sehingga sanggup membuat fitnah kepada PAS.


"Tidak perlulah beliau campurtangan dalam bagaimana PAS ingin mengemudi politik dalam satu sistem demokrasi ini. Jaga lah diri sendiri dahulu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Samsuri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ramasamy dalam sebuah portal hari ini yang menyatakan Pas kini cuba memecahkan sokongan Melayu terhadap Pakatan Harapan.

Ini adalah selepas PAS telah menjemput semua parti-parti pembangkang, kecuali DAP dan PAN, dalam "ceramah mega" dijadualkan berlangsung malam ini.

Dalam pada itu, Ramasamy juga mendakwa PAS kini 'makan dedak' Umno berdasarkan senario semasa.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/mungkin-ramasamy-sedang-alami-gangguan-emosi-1.597751

No comments