Header Ads

Penggodam curi satu bilion data pengguna Yahoo

wujudnya pihak ketiga yang mendakwa memiliki data pengguna Yahoo


WASHINGTON: Yahoo mendedah perbuatan penggodam menyebabkan lebih satu bilion data penggunanya dicuri sejak tahun 2013, angka yang berlainan dengan pendedahannya sebelum ini iaitu 500 juta. Ia dianggap satu kejutan bagi firma internet terawal itu apabila Yahoo mengesahkan angka itu berdasarkan penyiasatannya selepas berlaku pencerobohan terhadap data miliknya.

"Yahoo percaya ia dilakukan pihak ketiga (penggodam) pada Ogos 2013, yang mencuri data untuk lebih satu bilion pengguna kami," kata Yahoo dalam satu kenyataan hari ini. Yahoo berkata kes berkenaan adalah berlainan dengan angka pendedahannya sebelum ini pada 22 September lalu.

Laporan itu muncul ketika Yahoo dalam proses menjual aset operasi terasnya kepada Verizon dengan nilai AS$4.8 bilion. Pendedahan pada September itu juga memberi kesan kepada proses penjualan kepada Verizon yang kemungkinan nilai berkenaan diturunkan. Pada November, Yahoo mendedahkan hasil sebahagian siasatannya terhadap kebocoran data mengenai wujudnya pihak ketiga yang mendakwa memiliki data pengguna Yahoo.

Sumber:

http://www.bhplus.com.my/node/223904

http://abc7.com/business/yahoo-says-hackers-stole-data-from-1-billion-accounts/1656539/

No comments