Header Ads

DBKL tawar diskaun kompaun RM10

Semua kompaun trafik dan lalu lintas yang tidak berbayar dari 2012 hingga 2014 pula diberi diskaun RM20, manakala kompaun tahun lalu hingga sekarang diberi diskaun sebanyak RM30.


KUALA LUMPUR 1 Dis. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi diskaun kompaun sejumlah RM10 pada kadar rata bagi kesalahan trafik yang tidak berbayar sejak 2007 hingga 2011 lalu berkuatkuasa hari ini hingga 28 Februari tahun hadapan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, semua kompaun trafik dan lalu lintas yang tidak berbayar dari 2012 hingga 2014 pula diberi diskaun RM20, manakala kompaun tahun lalu hingga sekarang diberi diskaun sebanyak RM30.

“Jika pemilik kenderaan, termasuk motosikal gagal membayar kompaun itu, tindakan disenarai hitam dan mahkamah akan dikenakan terhadap mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penghargaan Bersama Agensi Sempena Hari Penguatkuasa Ke-47 Jabatan Penguatkuasaan DBKL di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Mohd. Sauffi Muhamad dan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Mustafa Mohd. Nor. - UTUSAN ONLINE

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/dbkl-tawar-diskaun-kompaun-rm10-1.414793

No comments