Tak menyesal letak jawatan
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tegaskan beliau tidak pernah menyesal di atas keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Katanya, tindakan beliau mengundurkan diri sebagai perdana menteri pada 2003 dibuat, kerana beliau percaya dan sedar bahawa negara memerlukan pemimpin yang baharu.
"Tak macam perdana menteri kita sekarang ini (merujuk kepada Datuk Seri Najib Tun Razak) yang tak sedar lagi," katanya dalam satu sidang media yang diadakan di bangunan sementara Parlimen di sini, hari ini.-Bernama
Post a Comment