Ribut Petir Di Pantai Timur, Johor, Sabah, Sarawak
Amaran ribut petir menyeluruh diramal berterusan hingga pagi ini di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor Timur, Labuan, Sarawak (Kuching, Rejang, Mukah, Bintulu dan Miri) dan Sandakan di Sabah.
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di daerah Kota Tinggi, Johor; Pekan, Pahang; Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai di Kelantan; Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu dijangka berterusan hingga pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman web yang dikemas kini jam 6.15 pagi ini melaporkan, Kinabatangan dan Sandakan di Sabah, Bahagian Bintulu di Sarawak dan Labuan, turut diramal mengalami keadaan cuaca sama yang dijangka berterusan hingga pagi ini.
Jabatan itu turut mengeluarkan amaran ribut petir menyeluruh diramal berterusan hingga pagi ini di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor Timur, Labuan, Sarawak (Kuching, Rejang, Mukah, Bintulu dan Miri) dan Sandakan di Sabah.
“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (km/j) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian mencecah 3.5 meter serta berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya.
Terdahulu, menerusi laman web yang dikemas kini jam 4.59 pagi, jabatan itu meramalkan ribut petir menyeluruh di perairan Selat Melaka Utara, Samui, Tioman, Labuan dan Reef South juga dijangka berterusan hingga pagi ini.
Post a Comment