Header Ads

PPBM Umum Barisan Kepimpinan Tertinggi, Mukhriz Timbalan Presiden

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengumumkan ahli majlis pimpinan tertinggi parti itu.


PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengumumkan ahli majlis pimpinan tertinggi parti itu.

Senarai kepimpinan tertinggi parti itu diumumkan di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Rabu.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Naib Presiden parti itu kini memegang jawatanTimbalan Presiden PPBM.

Jawatan Naib Presiden diisi bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, bekas exco kerajaan negeri Perak Datuk Hamidah Osman dan peguam Datuk Abdul Rashid Asari.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/11/02/barisan-kepimpinan-tertinggi-pribumi/

No comments