Polis buru pemilik akaun FB 'Sarawak Keluar Malaysia 2021'
12 laporan polis diterima di seluruh negeri sehingga jam 9 malam tadi terhadap pemilik akaun Facebook 'Sarawak Keluar Malaysia 2021' yang cuba menjejaskan hubungan baik antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan PersekutuanKUCHING: Sejumlah 12 laporan polis diterima di seluruh negeri sehingga jam 9 malam tadi terhadap pemilik akaun Facebook 'Sarawak Keluar Malaysia 2021' yang cuba menjejaskan hubungan baik antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata daripada jumlah keseluruhan itu, tujuh laporan dibuat di Kuching, Miri (3) dan masing-masing satu di Padawan serta Serian. "Kita sedang menjalankan siasatan kes ini mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
"Kita juga sedang menjejaki pemilik akaun Facebook berkenaan," katanya. Laporan polis itu dibuat berikutan muat naik status yang lebih berunsur cubaan melaga-lagakan kepemimpinan negeri dan Pusat.
Ini termasuk menyebarkan fitnah kononnya Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem mahu membawa Sarawak keluar dari Malaysia. Isnin lalu, Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan menafikan perkara itu dan menyifatkan pemilik akaun berkenaan sebagai berniat jahat.
Ini kali kedua siasatan terhadap pengguna Facebook di negeri ini dalam tempoh seminggu.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/210792
Post a Comment