Header Ads

Pindaan Kepada Akta 355 Berusaha Menjamin Keadilan Sosial


Seiring usaha kerajaan mahu menjadi negara berstatus maju menjelang 2020, perlulah ia sentiasa mengkaji semula bahagian perundangan negara agar sentiasa relevan mengikut zaman. Bagaimana pindaan kepada Akta 355 berusaha menjamin keadilan sosial buat wanita adalah dengan cara menambah hukuman terhadap pesalah jenayah.

Oleh : Kluster Sains Sosial Dan Kemasyarakatan, Jabatan Profesional Muda (JPro), DPPM

Menjunjung titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah, “Beta berharap langkah-langkah memperkukuhkan institusi agama dan kecekapan perlaksanaan undang-undang pentadbiran agama Islam melalui pemerkasaan mahkamah syariah dapat disegerakan”, pada istiadat Pembukaan parlimen 7 Mac 2016.

Pindaan kepada Akta 355 Berusaha Menjamin Keadilan Sosial


Merujuk kepada usul persendirian yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang iaitu Tuan Guru Dato` Seri Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) agar dipinda Akta 355 dalam usaha memperkasakan mahkamah syariah. Usaha tersebut adalah kali ketiga dibawa ke Parlimen. Bagi kami, ia suatu usaha yang realistik dalam menyahut titah ucapan Yang Di-Pertuan Agong, sejajar dengan Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan sekaligus sebagai salah satu cabang usaha menjamin keadilan sosial masyarakat majmuk di Malaysia.


1. Sejarah Menunjukkan Mahkamah Syariah pernah mempunyai kuasa yang luas

Selepas campur tangan penjajah Inggeris, kuasa Jenayah Mahkamah Syariah jauh lebih rendah berbanding dengan bidang kuasa Mahkamah Sivil. Maka, pindaan untuk memperkasakan bidang mahkamah syariah dengan meningkatkan hukuman denda, penjara, dan sebatan, namun tidak melibatkan hukuman mati dan potong tangan. 



Falsafah Keadilan Sosial : Sekularisma Barat VS Wahyu Islam
Secara umumnya, penteori di Barat mengandaikan bahawa keadilan sosial bermaksud hak sama rata yang perlu diberikan kepada setiap individu tanpa mengira agama, kaum, dan keturunan. Sebagai contoh memahami perjuangan menuntut keadilan sosial menurut Karl Marx, semenjak zaman feudal sehingga ke zaman sosialis, sudut pandang Marx terhenti kepada memperjuangkan segala isu hak terutamanya ekonomi golongan tertindas. Namun begitu, wahyu Islam hadir dengan falsafah Islam rahmat untuk semua. Bermaksud, Islam membela isu hak masyarakat secara menyeluruh (aspek ekonomi, perundangan, politik, sosial, dan sebagainya) tanpa mengira latar belakang agama, keturunan, jantina, kaum, dan sebagainya.


2. Pindaan kepada Akta 355 Dijadikan Bahan Polemik bagi agen Anti-Islam

Contohnya, mengatakan bahawa Akta 355 sebagai pintu belakang hudud dan orang bukan Islam terpaksa menurutinya. Selain itu, masyarakat masih kurang mengkaji isu kerana berpandangan ini agenda politik semata-mata. Inilah sebabnya mengapa ramai masyarakat terutama Cina masih salah faham.


3. Kewajipan muslim menyokong dan mendokong pindaan demi keadilan sosial

Seseorang yang beriman wajib memartabatkan perundangan Islam seupaya mungkin termasuk melalui pemerkasaan Mahkmah Syariah dan taqnin (kodifikasi/penggubalan undang-undang) yang diperlukan (Zulkifli Mohamad al-Bakri: 2016). Lagipun, usaha ini tiada halangan dari sudut perundangan dan perlembagaan negara.


4. Perundangan Islam bersifat spiritual, mendidik, dan mencegah jenayah
Seorang individu Muslim perlu meyakini bahawa undang-undang Islam adalah bersifat spiritual iaitu mendidik, bahawasanya percaya hukum Allah adalah untuk kebaikan. Keyakinan ini adalah satu cabang dari 10 cabang muwasafat tarbiyyah iaitu memiliki aqidah yang salim.

Pindaan berusaha menjamin hak keadilan wanita dan kanak-kanak

Seiring usaha kerajaan mahu menjadi negara berstatus maju menjelang 2020, perlulah ia sentiasa mengkaji semula bahagian perundangan negara agar sentiasa relevan mengikut zaman. Bagaimana pindaan kepada Akta 355 berusaha menjamin keadilan sosial buat wanita adalah dengan cara menambah hukuman terhadap pesalah jenayah.

Hukuman tersebut melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri. Secara psikologinya, jika seseorang ingin berbuat salah, dia akan berfikir apakah hukuman yang akan dikenakan kepadanya. Jika hukuman ringan, dengan kata mudah ia tidak akan mengendahkannya, namun jika hukuman bertambah berat maka ia dengan sendiri berfikir dua tiga kali sebelum melakukan suatu kesalahan. Adalah kita perlu berfikir hikmah disebalik penambahan hukuman sebenarnya adalah bersifat mendidik, bukan untuk mencedera dan menakutkan masyarakat. 

Apabila undang-undang berlandaskan syariah diperkasakan, maka masyarakat akan hormati. Dengan usaha pindaan kepada Akta 355 maka kepentingan golongan wanita di Malaysia akan bertambah terjamin, sekaligus kita berusaha berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan wanita dari negara maju seluruh dunia.


Akhir kata, marilah kita bersama-sama dalam pendirian menyokong sebagai salah satu cabang usaha menjamin keadilan sosial masyarakat Malaysia. Hanya keyakinan dan usaha bahawa Islam rahmat untuk semua sahaja yang mampu mencapai keadilan sosial, bukan setakat membesarkan ruang perbahasan dan penambahan hukuman semata-mata. Selebihnya kita serahkan kepada Allah swt yang maha mempunyai matlamat dan kehendak dalam penciptaan dan perintah-Nya. 



Rujukan
1. Giddens, A. dan Sutton, M. 2014. Esssential Concepts in Sociology. Cambridge: Polity Press.

Jabatan Profesional Muda DPPM - JPro

No comments