Pesawat AirAsia tergelincir di Pengkalan Chepa
pesawat berkenaan dikatakan mahu berlepas ke Kuala Lumpur sebelum tergelincir dipercayai akibat masalah teknikal
KOTA BHARU: Sebuah pesawat Airbus 320 AirAsia dilaporkan tergelincir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, malam tadi. Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, pesawat berkenaan dikatakan mahu berlepas ke Kuala Lumpur sebelum tergelincir dipercayai akibat masalah teknikal. Bagaimanapun, kesemua anak kapal dan penumpang dilaporkan selamat dan berada di LTSIP untuk sementara waktu. Akibat kejadian itu, LTSIP ditutup kepada semua pesawat sehingga kerja-kerja membaik pulih selesai dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya pada jam 2.30 pagi ini.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/208499
Post a Comment