Negara Palestin berakhir selepas Trump menang
Kemenangan Trump adalah peluang untuk Israel dengan segera menarik balik penubuhan negara Palestin
BAITULMAQDIS - PALESTIN. Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennett mendakwa, idea penubuhan sebuah negara Palestin berakhir selepas Donald Trump dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS).
"Kemenangan Trump adalah peluang untuk Israel dengan segera menarik balik penubuhan negara Palestin di tengah negara itu yang akan menjejaskan keselamatan," kata Bennet, anggota parti pelampau, Jewish Home.
"Ini adalah pendirian presiden yang dipilih. Era sebuah negara Palestin berakhir," katanya dipetik AFP.
http://www.sinarharian.com.my/global/negara-palestin-berakhir-selepas-trump-menang-1.583870
Kita lihat saja nanti
ReplyDeleteKita lihat saja nanti
ReplyDelete