40 peratus rakyat Kelantan hadapi masalah mental
Kebanyakan masalah kesihatan mental ini dihadapi oleh golongan remaja yang berumur 16 hingga 24 tahun
BACHOK 10 Nov. - Hampir 40 peratus iaitu kira-kira 300,000 rakyat di negeri ini menghadapi masalah kesihatan mental.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, masalah kesihatan mental di negeri ini telah menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 12 peratus pada tahun 1996 dan meningkat menjadi 39.9 peratus pada tahun lalu.
Beliau berkata, statistik berkenaan tidak merujuk kepada penyakit mental tetapi masalah kesihatan mental yang berisiko untuk mendapat penyakit mental.
"Kebanyakkan masalah kesihatan mental ini dihadapi oleh golongan remaja yang berumur 16 hingga 24 tahun manakala dari segi jantina pula, golongan wanita lebih tinggi menghadapi masalah berkenaan.
https://www.utusan.com.my/berita/terkini/40-peratus-rakyat-kelantan-hadapi-masalah-mental-1.406042
Post a Comment