260.8 Billion Bajet 2017 Pastikan Dinikmati Rakyat Sepenuhnya.
"YARM tidak mempertikaikan nilai perbelanjaan tersebut, tetapi kita nak pastikan agar ia dibelanjakan dengan cara yang betul dan penerimanya juga tahu nilai sebenar yang patut mereka dapat."
KUALA LUMPUR: RM 260.8 Bilion perbelanjaan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak dalam parlimen baru-baru ini perlu dipastikan agar rakyat mendapat manfaat daripadanya secara optimum.
Perkara ini ditegaskan oleh Dato Sri Zakaria Jaafar mantan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM. Beliau yang juga Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) menegaskan sekiranya nilai perbelanjaan yang cukup besar itu diagih dengan baik tanpa ada ketirisan dan salah urus tadbir, banyak manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat dan banyak masalah dalam negara dapat diselesaikan.
"YARM tidak mempertikaikan nilai perbelanjaan tersebut, tetapi kita nak pastikan agar ia dibelanjakan dengan cara yang betul dan penerimanya juga tahu nilai sebenar yang patut mereka dapat."
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Train of Trainer (TOT) YARM di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini. YARM ditubuhkan untuk membantu masyarakat memahami peranan dan tanggungjawab mereka dalam menangani gejala rasuah dari peringkat akar umbi.
Post a Comment